Ahad, 2 April 2017

Apa Ada Di Ayer Hitam & Parit Raja


Rumah Tumpangan

HomeStay  Harmoni Parit Raja

Related image

No.2 , Jalan Universiti 13 , Taman Universiti , Parit Raja 86400 , Batu Pahat , Johor .


            HomeStay Parit Raja , HomeStay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. HomeStay ini merupakan sebuah homestay / rumah tamu / rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti , Parit Raja , Batu Pahat . HomeStay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan . HomeStay ini terletak di lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan Lunatots , Klinik Putra , Al-Ikhsan , Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) , Kolej Kemahiran Tinggi MARA , Kolej Jururawat Masyarakat , Pekan Parit Raja , Kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar , pasar mini , masjid , surau , mesin ATM dan bank seperti Maybank , CIMB , Public Bank dan BSN .


Kemudahan Yang Disediakan :

> Tiga Bilik Tidur :


  • Bilik tidur utama berhawa dingin dilengkapi katil bersaiz King (6’), empat bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala . 
  • Bilik tidur kedua dilengkapi dua buah katil bersaiz Single (2’10”), empat bantal, almari dan penyidai tuala. 
  • Bilik tidur ketiga dilengkapi katil bersaiz Super Single (4’3”), tiga bantal, almari, meja sisi dan penyidai tuala. 



> Ruang Tamu :

  • Kabinet TV dan LCD TV.
  • Set sofa (2 + 2) dan meja kopi.



> Ruang Makan :

  • Set meja makan untuk 6 orang

> Dua bilik air. 

> Dapur :

  • Peti sejuk.
  • Kabinet dapur.  
  • Jag air elektrik.
  • Rak pinggan dan pinggan mangkuk.


> Kemudahan Lain :

  • Penghawa dingin. 
  • Perkhidmatan wifi percuma.
  • Tuala, sejadah dan selimut. 
  • Mesin basuh separa automatik. 
  • Seterika dan papan penggosok.
  • Dua tempat letak kereta berbumbung.
  • Hotel amenities seperti sabun mandi, teh, nescafe, milo dan gula.





Tempat Menarik Yang Perlu Dilawati

Ayer Hitam

Image result for tempat menarik ayer hitam

           Syurga beli-belah yang wajib dikunjungi jika ke Johor. Sepanjang jalan , ia dipenuhi dengan deretan kedai menjual pelbagai jenis makanan tradisional Johor , hasil-hasil kampung , perkakasan rumah , bunga tiruan serta aksesori hiasan daripada seramik. Jika ada yang berkenan di hati , boleh membuat tawar-menawar dengan pengusaha kedai lebih-lebih lagi jika membeli dalam kuantiti yang banyak. 

           Ayer Hitam merupakan salah satu tempat menarik yang terletak antara Kluang dan Batu Pahat, Johor. Ayer Hitam ni terkenal dengan tempat membeli belah barangan kraftangan, pasu, patung mainan dan macam2 lagi. Selain tu, ayer hitam juga popular dengan pusat menjual barangan kahwin sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.



         Untuk datang ke ayer hitam mudah sahaja iaitu dengan melalui lebuhraya PLUS. Cari EXIT tol ayer hitam dan bila keluar tol jumpa traffic light tapi terus masuk kiri. Seterusnya jalan depan sikit dah jumpa kawasan beli belah ayer hitam disebelah kiri. Jika terus lagi sampai ke simpang 4 traffic light pun boleh juga. Pun masuk belah kiri. Kat belah kanan dan kiri ada banyak kedai cenderamata, bantal dan lain2


          Selain daripada kawasan membeli belah, ada juga kawasan pelancongan. Jalan nak masuk ke kiri dari simpang 4 tadi. Terus jalan dalam 5 minit akan jumpa Tropical Village di belah kanan. Situ boleh masuk, bayar dan melawat apa yang ada. Selain tu, di kawasan situ ada juga macam wet land. Cuma tak berapa menarik tapi sesuai la untuk aktiviti jalan2. 

Image result for tropical village air hitam

Tempat Makan Yang Menarik

Putu Bambu Spesial Juriah 

Image result for putu bambu juriah ayer hitam


           Putu Bambu Spesial Juriah Ayer Hitam ini sememangnya sangat terkenal di ayer hitam . Ramai yang mengatakan bahawa tempat yang wajib singgah apabila mereka datang ke kawasan sini . Tidak kisahlah sama ada balik kampung , ataupun datang untuk mencuba . Putu Bambu Spesial Juriah berada di simpang empat traphic light .


Restoran Cili Api Steamboat & Grill



             Melayu Cili Api Steamboat & Grill ini baru saja buka di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Walaupun restauran ini baru sahaja dibuka tahun ini,restoran menjadi tumpuan para pelajar UTHM  (Universiti Tun Hussein Onn) dan penduduk disini kerana harga yang berbaloi dan berdekatan dengan tempat perumahan.

             Restoran ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan untuk dipilih oleh pengemar steamboat dan grill seperti ayam, daging kambing, seafood dan pelbagai jenis berbola. Menu lain yang terdapat disini seperti nasi goreng, bihun goreng,mee goreng, sayur-sayuran,buah-buahan dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai jenis ais krim juga terdapat disini. Harga yang sangat berbaloi dan pelbagai pilihan.







Apa Ada Di Ayer Hitam & Parit Raja

Rumah Tumpangan HomeStay    Harmoni Parit Raja No.2 , Jalan Universiti 13 , Taman Universiti , Parit Raja 86400 , Batu Pahat ,...